Pages

Sunday, 18 March 2012

Aktiviti Pengawas PSS

As-Salam dan Salam Sejahtera..

Bermula dari sekolah dibuka, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh PS Megah Bestari bersama Pengawas PSS Sesi 2011/2012 dengan diketuai oleh Cikgu Zurie dan Guru Rangkaian PSS yang lain.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

BULAN JANUARI

Interview Pengawas PSS Baru - 31.01.2012 
Lokasi : Bilik APD



Gotong Royong PSS kali Pertama - 31.01.2012
Lokasi : PSS



BULAN FEBRUARI

Gotong Royong Perdana - 11.02.2012
Lokasi : PSS dan Bilik APD



Gotong Royong PSS kali Kedua - 13.02.2012
Lokasi : PSS



Orientasi Pengawas Pelatih PSS - 23.02.2012
Lokasi : PSS



BULAN MAC

Pengubahsuaian Bilik Bahan Bantu Belajar (BBB) - 02.03.2012 dan 03.03.2012
Lokasi : Bilik BBB

Menghias Papan Kenyataan PSS - 12.03.2012 dan 13.03.2012 (Cuti Sekolah)
Lokasi : PSS




Saturday, 17 March 2012

PS Megah Bestari Berwajah Baru..


As-Salam & Salam 1 Malaysia..

Tahun Baru 2012 menjelma membawa 1000 harapan kepada PS Megah Bestari. Pada tahun ini, GPM baru telah membuat sedikit perubahan kepada susun atur PSS agar nampak lebih kemas, teratur, dan ceria agar para pelajar dan guru lebih bersemangat untuk membaca buku dan juga bertujuan untuk mengelakkan aktiviti melepak disebalik rak buku.. :)

Idea asal datangnya dari seorang sahabat bernama kakak iaitu Puan Rozana dan Cikgu Zurie telah berjaya melaksanakannya dengan bantuan Cikgu Navain, Cikgu Pelatih Khasturee, Pengawas PSS dan pelajar 4 Sains 1 & 2 Meranti dalam Gotong Royong yang telah diadakan pada Hari Sabtu 11 Februari 2012. Mereka banyak berjasa dalam membawa perubahan kepada susun atur PS Megah Bestari..

Ini adalah wajah sebelum ubahsuai PSS.



Tadaa... Ini wajah baru PSS.. Check it out!




Jika ada sebarang cadangan untuk mencantikkan lagi PSS SMK Alam Megah, boleh kemukakan cadangan pada Cikgu Zurie @ beri komen di bawah.. :)




Friday, 16 March 2012

Welcome! Selamat Datang! Ahlan wa Sahlan!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ini merupakan blog rasmi untuk Pusat Sumber SMK Alam Megah. Pusat Sumber SMK Alam Megah juga dikenali sebagai PUSAT SUMBER MEGAH BESTARI.

Mulai tahun 2012, Pusat Sumber Megah Bestari telah diberi amanah kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang baru iaitu Puan Syahirah Zuriati bt A Wahab atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zurie.


Diharap Para Pentadbir, Para Guru, Staf Sokongan dan Para Pelajar SMK Alam Megah dapat memberi sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada GPM baru bagi memastikan Pusat Sumber sekolah kita sentiasa CEMERLANG.