Pages

Saturday, 17 March 2012

PS Megah Bestari Berwajah Baru..


As-Salam & Salam 1 Malaysia..

Tahun Baru 2012 menjelma membawa 1000 harapan kepada PS Megah Bestari. Pada tahun ini, GPM baru telah membuat sedikit perubahan kepada susun atur PSS agar nampak lebih kemas, teratur, dan ceria agar para pelajar dan guru lebih bersemangat untuk membaca buku dan juga bertujuan untuk mengelakkan aktiviti melepak disebalik rak buku.. :)

Idea asal datangnya dari seorang sahabat bernama kakak iaitu Puan Rozana dan Cikgu Zurie telah berjaya melaksanakannya dengan bantuan Cikgu Navain, Cikgu Pelatih Khasturee, Pengawas PSS dan pelajar 4 Sains 1 & 2 Meranti dalam Gotong Royong yang telah diadakan pada Hari Sabtu 11 Februari 2012. Mereka banyak berjasa dalam membawa perubahan kepada susun atur PS Megah Bestari..

Ini adalah wajah sebelum ubahsuai PSS.



Tadaa... Ini wajah baru PSS.. Check it out!




Jika ada sebarang cadangan untuk mencantikkan lagi PSS SMK Alam Megah, boleh kemukakan cadangan pada Cikgu Zurie @ beri komen di bawah.. :)




No comments:

Post a Comment