Sejarah Penubuhan

Pusat Sumber Sekolah ditubuhkan pada tahun 1994 dan mula beroperasi pada tahun 1995. Pada awalnya Pusat Sumber ditadbir oleh guru yang bernama Allahyarhamah Puan Mahani bt Rowi sehingga tahun 1997. Bilangan buku pada ketika itu hanyalah berjumlah 2000 sahaja. Kemudian Pusat Sumber telah ditadbir oleh Allahyarhamah Puan Rahimah binti Musa dan jumlah buku telah meningkat ke 12000 buah buku.
Semua operasi pusat sumber dijalan secara automasi. Pada awalnya Pusat Sumber hanya terdiri daripada tiga Unit Perpustakaan, Unit Bahan Bantu Mengajar dan Unit Pandang Dengar. Pada tahun 1995, Bilik Bahan Bantu Mengajar terletak di blok A, tingkat 3 iaitu Makmal Matematik yang terkini. Kemudian disebabkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, Bilik Bahan Bantu Mengajar telah dipindahkan ke Bilik Alat Pandang Dengar bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Bermula tahun 2004, Unit Bahan Bantu Mengajar telah diasingkan dari Unit Alat Pandang Dengar kerana bahan yang semakin bertambah.

Sejajar dengan penubuhan Multimedia Superkoridor (MSC) yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir, sekolah telah menubuhkan unit Multimedia pada tahun 2001. Sekarang unit tersebut telah dikenali dengan Megah Cyber/ Unit SAL. Tahun 2002 dan tahun 2003 merupakan tahun bersejarah bagi Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun 2002, Pusat Sumber telah telah dirasmikan oleh Dato Ch’ng Toh Eng, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2003 pula Pusat Sumber telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pusat Sumber peringkat Daerah Petaling. Pada akhir tahun 2003 Pusat Sumber Sekolah telah diperbesarkan dengan keluasan daripada 4 bilik darjah ke 7 bilik darjah. Perubahan kecerian dan susunan telah banyak berubah sehingga sekarang. Dan Pengawas Pusat Sumber telah mendapat kelulusan uniform yang lengkap oleh pihak sekolah pada tahun 2003 setelah membuat permohonan kelulusan selama beberapa tahun yang lepas.

Pada tahun 2006, Pusat Sumber diambil alih pentadbiran oleh Puan Norepah binti Kasran memandangkan keadaan kesihatan Puan Rahimah yang kurang mengizinkan untuk mentadbir Pusat Sumber. Puan Norepah binti Kasran mentadbir Pusat Sumber sehingga tahun 2009 dan kemudian pentadbiran Pusat Sumber diserahkan kepada Puan Aslinazati binti Abdullah mulai tahun 2009 - 2011. Semasa pentadbiran Puan Aslinazati, Makmal Matematik telah dimansuhkan dan ruang bilik tersebut telah digunakan untuk dijadikan bilik darjah memandangkan bilangan kelas telah bertambah dan SMK Alam Megah kekurangan bilik darjah.

Pada tahun 2012, pentadbiran Pusat Sumber telah diserahkan kepada Puan Syahirah Zuriati binti A Wahab. Pada tahun 2012, Pusat Tamadun Islam telah dimansuhkan disebabkan kekurangan bilik darjah dan Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah diambil untuk dijadikan Kelas Peralihan dan peralatan bilik BBM ditumpangkan di Pusat Sumber Warisan Budaya. Pada tahun 2013, Puan Syahirah Zuriati berbincang dengan Puan Miss Yati binti Dani (Pengetua) untuk membina partition kekal di Kelas Peralihan memandangkan saiz kelas tersebut agak besar bagi Kelas Peralihan yang hanya mempunyai bilangan pelajar yang kurang dari 20 orang. Persetujuan telah diambil dan pihak sekolah membina partition kekal di Kelas Peralihan bersebelahan bilik Guru. Pada tahun 2013 juga, Pusat Sumber Warisan Budaya dan Koperasi telah bertukar tempat disebabkan kondisi koperasi lama yang tidak sesuai dijadikan Koperasi. 

Pada tahun 2015, Tuan Haji Kamali selaku Pengetua telah memberi cadangan untuk mengadakan satu program kutipan dana untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAMTHON telah dilancarkan. Hasil kutipan dana daripada Program NILAMTHON, Pusat Sumber telah dinaik taraf dengan pemasangan penuh lantai jubin, keceriaan fizikal dalaman telah dicantikkan dengan pemasangan wallpaper dan dicat semula, penambahan ruang bilik pengurusan guru PSS dan membinaan Pondok Bacaan berdekatan pagar utama sekolah. 

Terkini, pada tahun 2019, PSS telah memasang LCD Projector dan PA System untuk kegunaan Mesyuarat, Seminar dan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam Pusat Sumber.

Comments

Popular posts from this blog